Memaparkan catatan dengan label putus cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putus cinta. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2009

Hilang

"Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya.

Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati......"

Jumaat, 23 Oktober 2009

Putus Cinta? Tips dan panduan

sakit.hati.putus.cinta

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah.
Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk.
menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn.
panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah
gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.
1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap
egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.
2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi
emosi.
3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.
4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.
5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.
6.
Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung
ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian.
Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan
tapi akan menimbulkan masalah baru.
7. Bermesralah dgn.
binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.
8.
Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua
kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk
menyalurkan emosi anda.
9. Jgn.
ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka
bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka.
Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.
10. Makan tepat pada waktunya.
Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan
naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd.
tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.
11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.
12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.
13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.
Petikan: Majalah Aneka Tips.
Tambahan:-
Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan.
Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik
untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya.
Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati
kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar
anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda,
hidup mesti diteruskan.