Khamis, 2 Julai 2009

Menyayangi Dan Disayangi

Mengapa setiap manusia punyai perasaan? Suka dan sayang itu lumrah dalam diri setiap Insan. Bohong lah jika ada yang mengatakan tidak pernah terpikat dengat sesiapa. Menaruh perasaan sayang adalah hak kita. Bercinta juga adalah nikmat yang Tuhan beri didunia ini, soalnya perbatasan itu perlu mengikut landasan yang betul.

Cinta sering dikaitkan dengan sesuatu yang sangat indah. Ada yang sangup menolak segala-gala harta dunia hanya kerana ingin memenangi cinta sejati. Hebatnya kuasa ini sehingga boleh mengoncangkan sebuah negara. Hakikat yang kita ketahui cinta ini lahir dari hati.

Tapi adakah cinta itu benar-benar ada SAKTI?